Home > DAP, PAS > DAP Letak Calon Melayu Untuk Jadi Menteri Besar

DAP Letak Calon Melayu Untuk Jadi Menteri Besar


DAP akan meletakkan calon Melayu pada pilihan raya umum akan datang bagi memastikan wakil parti itu boleh menjadi Menteri Besar jika mereka memperolehi jumlah kerusi melebehi parti lain seperti apa yang berlaku di Perak tidak lama dahulu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata DAP sudah pun mengenal pasti orang Melayu yang bersesuaian untuk dijadikan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya akan datang.

“DAP sedang mengenalpasti orang Melayu yang sesuai untuk dijadikan calon bagi bertanding kerusi DUN terutama di Perak, Melaka dan Negeri Sembilan, calon-calon yang dipilih itu adalah mereka yang boleh diterima orange ramai.

“Gerakan untuk mencari calon Melayu itu sudah dilakukan oleh DAP, dan mereka juga sudah mengenalpasti beberapa kawasan untuk menempatkan calon-calon mereka di kalangan orang Melayu,” katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Masjid Tanah di sini, hari ini.

Menurutnya apa yang dlakukan oleh DAP itu adalah untuk memastikan dapat menguasai negeri tertentu seperti Perak kerana yakin bahawa parti itu mampu memperolehi jumlah kerusi berbanding parti lain dalam pakatan pembangkang.

“Apa yang berlaku di Perak, walaupun mereka mempunyai jumlah kerusi yang banyak tetapi wakil mereka tidak boleh menjadi Menteri Besar.

“Perlembagaan negeri Perak tidak mengizinkan orang bukan Melayu menjadi Menteri Besar, sebab itu DAP merancang meletakkan calon Melayu bertanding kerusi DUN supaya akhirnya Menteri Besar itu dari DAP,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata, selain itu DAP juga merancang untuk meletakkan calon Melayu di kawasan pengundi majoriti Melayu, di mana Barisan Nasional (BN) meletakkan calon bukan Melayu dari parti komponen di kawasan berkenaan.

“Kita menghidu rancangan DAP ini tanpa disedari oleh PAS dan PKR, sebab itu saya ingin mengingatkan PAS dan PKR jangan jadi kuda tunggangan kepada DAP, mereka perlu sedar, mereka kini dipergunakan untuk kepentingan politik DAP” katanya.

Beliau menasihatkan ahli UMNO dan parti komponen BN sentiasa peka dengan apa yang dilakukan oleh pembangkang terutamanya DAP.

Zahid mengingatkan orang Melayu supaya tidak menjadi pengkhianat dan sanggup menjadi tali barut kepada DAP kerana terpedaya dengan janji-janji manis yang dibuat oleh pembangkang yang akhirnya merugikan orang Melayu sendiri.

Categories: DAP, PAS Tags: ,
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.
You must be logged in to post a comment.
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.