Najib – Perdana Menteri Yang “Winnable”


Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri ‘winnable’ yang mampu memacu negara ke arah mencapai status negara maju.

Justeru itu, beliau yakin rakyat akan memberi sokongan kepada Najib untuk meneruskan tampuk kepimpinan negara berbanding Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau pemimpin DAP, Lim Kit Siang. Read more…

Advertisements

Kerajaan Beri RM10,000 Bantu Setiap Mangsa Tanah Runtuh


Tan Sri Muhyiddin Yassin malam ini mengumumkan kerajaan akan memberikan bantuan RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh melibatkan anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat.

Selain itu Timbalan Perdana Menteri berkata, kos perubatan bagi mangsa yang cedera akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Read more…

Categories: 1 Malaysia Tags:

DAP Letak Calon Melayu Untuk Jadi Menteri Besar


DAP akan meletakkan calon Melayu pada pilihan raya umum akan datang bagi memastikan wakil parti itu boleh menjadi Menteri Besar jika mereka memperolehi jumlah kerusi melebehi parti lain seperti apa yang berlaku di Perak tidak lama dahulu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata DAP sudah pun mengenal pasti orang Melayu yang bersesuaian untuk dijadikan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya akan datang.

“DAP sedang mengenalpasti orang Melayu yang sesuai untuk dijadikan calon bagi bertanding kerusi DUN terutama di Perak, Melaka dan Negeri Sembilan, calon-calon yang dipilih itu adalah mereka yang boleh diterima orange ramai. Read more…

Categories: DAP, PAS Tags: ,

Ahli UMNO Tidak Daftar Diri Sebagai Pengudi Disifatkan Melakukan “Dosa Politik”


Ketua pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini mengingatkan pemimpin pergerakan Pemuda UMNO di seluruh negara supaya menggiatkan jentera pendaftaran pemilih di kalangan anggota parti ekoran masih terdapat kira-kira 120,000 anggotanya yang tidak berdaftar sebagai pemilih.

Katanya anggota parti yang tidak berdaftar sebagai pemilih adalah dianggap sebagai melakukan satu “dosa politik” dan gerakan untuk mendaftar mereka sebagai pemilih harus menjadi fokus utama sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13. Read more…

Jangan Terlalu Risau Isu Harga Minyak, Kerajaan Sentiasa Ambilkira Bebanan Rakyat


Kerajaan akan mengambil kira dan memperincikan bebanan lain yang terpaksa ditanggung oleh rakyat sebelum memutuskan untuk menaikkan minyak atau harga barang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata rakyat tidak perlu terlalu risau dengan isu kenaikan harga petrol dan barangan lain berikutan langkah kerajaan menyemak semula harga barangan setiap enam bulan.

“Selepas semakan dilakukan kemungkinan harga tidak naik itu ada tetapi untuk diturunkan mungkin tidak,” katanya selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Batu Kawan di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan amat prihatin dan mengambil kira semua faktor.

Isu kenaikan harga barangan khususnya petrol menjadi bualan sejak kebelakangan ini apabila kerajaan mengumumkan akan mengkaji semula harga produk petroleum termasuk petrol RON95 pada bulan depan bagi menentukan harga sedia ada akan kekal atau sebaliknya. Read more…

Categories: 1 Malaysia, Berita Terkini Tags:

“Apa Guna Jawatan Besar Dalam Parti Kalau Kalah Pilihanraya”


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengingatkan pemimpin yang mementingkan jawatan dalam parti bahawa mereka hanya akan jadi “pemimpin parti” yang jadi pembangkang semata-mata sekiranya mereka gagal mengukuhkan parti sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

“Apa guna jadi jawatan besar dalam parti jika jadi pembangkang selepas pilihan raya, keutamaan sekarang adalah menguatkan parti, tambah anggota, jaga perpaduan,” katanya berucap merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sungai Siput di sini.

Beliau berkata pimpinan parti memutuskan menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan bagi mengelak masalah perebutan jawatan hingga menjejaskan persediaan menghadapi pilihan raya umum. Read more…

Categories: UMNO Tags:

PM, Isteri Lawat Kejadian Tanah Runtuh Sejurus Tiba Di Tanahair Selasa


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan melawat lokasi kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat sejurus tiba dari lawatan luar negara Selasa ini. Read more…

%d bloggers like this: